Siakap Keli

(Video) Pelajar Kembali Ke Wuhan Selepas 8 Bulan Terkejut, Kura-kura Dipelihara Di Asrama Hanya Tinggal Tulang Rangka

WUHAN: Seorang pelajar telah kembali ke Wuhan dan mendapati binatang peliharaannya, seekor ‘kura-kura’ hanya tinggal tulang rangka.

Video yang menunjukkan seorang pelajar berkenaan tiba di asrama di Wuhan untuk pertama kalinya selepas lapan bulan dan membuat penemuan mengejutkan itu.

Terdahulu, Lin Buxiu, 22, meninggalkan asramanya dan pulang ke kampung halaman, Taiyuan di wilayah Shanxi utara untuk percutian musim sejuk pada 12 Januari lepas.

Lin mengatakan, dia meninggalkan haiwan itu dengan berkalan makanan dan air selama yang mampu bertahan untuk ‘berminggu-minggu’ dan menjangkakan dia akan kembali ke asrama dalam masa sebulan.

Bagaimanapun, disebabkan oleh perintah berkurung yang telah dikenakan ke atas Wuhan kerana wabak Covid-19, dia malangnya terkandas di kampung dan hanya dibenarkan pulang semula ke universiti selepas 8 bulan.

Kura-kura jenis ‘Macrochelys temminckii’ berkemungkinan mati disebabkan kelaparan atau kehausan.

“Saya tidak menjangkakan perkara ini berlaku tetapi apa yang boleh saya buat disebabkan wabak Covid-19”, katanya.

Lin, yang berada di tahun ketiga belajar di Universiti Sains dan Teknologi Wuhan, mendedahkan dia telah membeli kura-kura itu di laman web e-commerce Taobao milik Alibaba dengan harga 150 CNY (RM 91.36).

Jenis kura-kura, yang diklasifikasikan sebagai “terancam” oleh IUCN, dapat hidup hingga 70 tahun dalam kurungan, tetapi pelajar tersebut mengakui bahawa dia hanya memiliki haiwan itu selama lima bulan sebelum ditemui mati.

Lin kemudian memutuskan untuk menyimpan tulang rangka kura-kura itu sebagai hiasan.

Sumber: Dailystar

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.