Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam dan empat negeri sehingga jam 8 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Kedah: (Padang Terap, Sik dan Baling)

Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut dan Setiu)

Pahang: (Rompin)

Selangor: (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang)

W.P Kuala Lumpur

W.P Putrajaya

Negeri Sembilan: (Seremban)

Johor: (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)

Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)

Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)

Bagi kawasan yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam ini pula ialah:

Kedah: (Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang

Negeri Sembilan: (Port Dickson dan Rembau)

Sarawak: Limbang (Lawas)

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat)

Orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa