Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Bayi Baru Lahir Dilaporkan Ditemui Dengan Pisau Berkarat ‘Melekat’ Di Bahagian Belakangnya

Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui dibungkus dalam beg plastik dengan luka tikaman serta pisau berkarat yang terlekat dari punggungnya berjaya diselamatkan selepas menjalani rawatan kecemasan, lapor Daily Mail.

Bayi tersebut telah ditemui oleh seorang pejalan kaki di Costanera Oeste Avenue di bandar Posades, Argentina.

Seorang lelaki berusia 31 tahun telah menemui bayi berkenaan dalam keadaan dibalut dengan selimut biru dan merah jambu dalam sebuah beg plastik hitam.

Turut ditemui sebilah pisau karat yang terlekat di bahagian punggungnya. Pada ketika itu, bayi berkenaan masih menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa dan menangis ketika lelaki tersebut menemuinya.

Dia membawa bayi itu terus ke balai polis berhampiran dan kemudiannya digegaskan terus ke Hospital Pediatrik Dr. Fernando Barreyro untuk diberikan rawatan.

Doktor hospital itu menganggarkan bahawa bayi itu tidak lebih tua daripada dua hari dan mengalami beberapa luka dari pisau itu di bahagian badannya.

Laman berita Clarin menyatakan bahawa pisau berkarat itu masih menonjol dari punggungnya.

Polis dilaporkan telah mengenal pasti ibu bayi berkenaan dan telah menahannya.

David Halac, jurucakap Hospital Dr. Fernando Barrero, memaklumkan kepada akhbar Cronica bahawa bayi itu terdapat sebilah pisau berkarat di punggungnya bersama dengan kecederaan lain yang disebabkan oleh pisau yang sama.

“Bayi itu kini stabil dan kami percaya bahawa dia akan selamat,” ujarnya.

Halac berkata, luka tikaman itu kebanyakannya tidak dalam dan tidak menjejaskan mana-mana organ.

Kakitangan hospital memutuskan untuk memanggil bayi itu Esperanza, yang bermaksud ‘harapan’.

Tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada bayi tersebut telah didakwa atau belum.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.