Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Misteri Kapal Tenggelam Dipercayai Berusia 400 Tahun Di Dasar Laut Ditemui Dalam Keadaan Hampir ‘Sempurna’

Sebuah kapal besar telah ditemui tenggelam dalam keadaan hampir sempurna walaupun telah berusia hampir 400 tahun di bawah air, lapor Daily Star.

Kapal tersebut dikatakan ‘kunci’ kepada kebangkitan kerajaan Belanda yang menjadi kuasa besar ekonomi yang mengendalikan separuh daripada penghantaran di Eropah pada tahun 1670, lapor Daily Star.

Gambar: Daily Star

Walaupun bangkai kapal jarang ditemui namun salah satu kapal terakhir telah dijumpai di dasar Laut Baltik dan masih lagi menjadi misteri mengenai bagaimana ia boleh tenggelam.

Salah seorang dari pasukan penyelam dari Badewanne, Jouni Polkko yang menemukan kapal itu berkata tiada petunjuk untuk kapal itu.

Gambar: Daily Star

“Bahagian badan kapal masih utuh kerana ia berada di tengah-tengah dasar laut.

“Mungkin ia terbalik disebabkan oleh ribut atau pam yang tersekat dan kapal tersebut dimasuki oleh air yang banyak kerana kebocoran,” katanya.

Gambar: Daily Star

Penyelam mengatakan bahawa mereka hanya melihat kerosakan kecil pada kapal dan itu adalah dari jaring pukat.

Mereka menemui bangkai kapal tersebut di Gulf of Finland di mana mereka percaya bahawa keadaan tempatan yang unik membantu melindungi struktur kapal itu.

Gambar: Daily Star

Ia juga tidak memiliki senjata namun mempunyai pelantar yang direka dengan bijak sehingga membolehkan kru yang kecil untuk mengangkat dan menyesuaikan penjualan, memberikan lebih banyak ruang dan mengurangkan kos.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa