Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Isytihar PKPD Pentadbiran Di Penjara Tawau Mulai Tengah Malam Ini

PUTRAJAYA, 10 Sept – Kerajaan mengisytiharkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Penjara Tawau, Sabah mulai 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD pentadbiran tersebut yang dijalankan sehingga 25 September itu akan melibatkan banduan dan anggota.

“Ahli keluarga yang mempunyai keluarga banduan tidak dibenarkan melawat keluarga (mereka). Lawatan tidak dibenarkan.

“Perintah keluar masuk juga dikenakan. Mereka yang berada di kawasan PKPD ini tidak dibenarkan keluar (masuk),” katanya dalam sidang media PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, rakyat di sekitar Tawau dan Lahad Datu tidak perlu gusar akan kenaikan kes positif COVID-19 di penjara tersebut.

“Ini kerana mereka telah pun terkurung berada dalam kawasan penjara tersebut.

“Jadi peluang untuk kes itu disebarkan kepada orang ramai adalah terhad. Jadi ada di situ memang sudah terkurung di dalam itu,” tambahnya lagi.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.