Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PN Rombak Pentadbiran, Radzi Jidin Dan Azmin Ali Digugurkan Daripada Jawatan

Radzi Jidin Dan Azmin Ali
Kredit: Bernama

PN Rombak Pentadbiran, Radzi Jidin Dan Azmin Ali Digugurkan Daripada Jawatan

Perikatan Nasional telah melakukan penstrukturan semula pentadbiran parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, penstrukturan itu dilakukan bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Terdapat tiga perubahan yang dilakukan iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin telah diberhentikan perkhidmatan.

Beliau akan digantikan dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Selain iu, jawatan bendahari yang dipegang oleh Sanusi pula akan digantikan dengan Subramaniam Surunaryan.

Manakala, peranan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Setiausaha Agung juga telah diberhentikan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Perikatan Nasional.

"Penstrukturan ini berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan Perikatan Nasional.

"Suatu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi Perikatan Nasional," kata Samsuri.