Siakap Keli
Gambar: Google Maps

“Ada Muncung, Badan, Kaki Sampai Ekor,” Imej Seakan Buaya Dipercayai 15 Meter Didakwa Dikesan Dalam ‘Google Maps’

Seekor buaya sepanjang 15 meter didakwa dikesan di dalam gambar yang diambil melalui Google Maps. Gambar yang tular itu telah menggemparkan penduduk di Nunukan, Kalimantan Utara.

Dikesan di perairan Nunukan, buaya itu juga didakwa mempunyai lebar 2.5 meter.

Gambar yang tular tersebut menjadi topik hangat dan ada yang meragui ukuran buaya tersebut yang dianggap tidak wajar. Ditambah pula buaya terpanjang di dunia juga tidak sampai belasan meter.

Buaya itu dikesan pertama kali melalui Google Maps oleh bahagian teknikal RRI Nunukan, Roby, yang pada awalnya ingin mencari tempat untuk memancing.

Melihat sesuatu yang aneh pada gambar satelit tersebut, dia memperbesarkannya dan mengesyaki bahawa itu merupakan ‘buaya raksasa’.

Gambar Via Kompas.com

“Saya zoom dua kali gambarnya sudah sangat jelas, ada muncung, badan, kaki sampai ekor, saya terus berfikir bagaimana untuk menentukan ukurannya,” katanya.

Tertanya-tanya dengan ukuran  buaya yang terlihat sangat jelas itu, dia mencuba menggunakan menu yang ada di Google Maps.

“Kita ukur dengan jarak yang ada di menu Google Maps, bentuknya jelas ada muncung, badan dan ekor, cuma ukurannya tidak wajar, ukuran buaya jauh lebih besar dibandingkan dengan bot nelayan yang melewati. Sampal cuma 12 meter, buaya itu panjangnya 3 meter lagi,” katanya.

Untuk lebih meyakinkan bahawa tangkapan gambar satelit tersebut adalah betul-betul buaya raksasa, Roby menghantar pesanan ke Google.

“Kita tahu gambar satelit itu diperbaharui setiap tiga bulan sekali, yang saya tanyakan adalah, bila kali terakhir gambar satelit untuk daerah Kalimantan Utara diambil? Ada gambar buaya sepanjang 15 meter dengan lebar 2.5 meter di perairan,” tulis Roby di dalam pesanan tersebut.

Setakat ini, pesanannya itu belum dibalas oleh pihak Google namun amaran perlu diberikan kepada masyarakat kerana nelayan sering mencari ikan di situ.

Sumber: Kompas.com

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa