Sebelum ini tular video seorang individu memandu kereta dipercayai jenis Innova keluar dari ‘kotak parkir’ di atas jambatan yang sempit. Video yang mendebarkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang memuji, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh masuk ke tempat tersebut.
Menurut Hindustan Times, pemandu tersebut dikenali sebagai PJ Biju. Lelaki ini dikatakan mempunyai pengalaman memandu selama 15 tahun.
“Itu merupakan kereta kawan saya dan dia memerlukan sedikit kerja mengecat pada kereta itu. Jadi pada Ahad, saya bawa kereta itu untuk dibaiki pekerja bengkel,” katanya.
Kongsinya, video tersebut telah dirakam isterinya ketika sedang memarkir kenderaan itu di rumahnya.
“Isteri merakam video saya memarkir sisi berhampiran rumah kami. Saya tidak tahu dia lakukannya. Lepas tular baru saya tahu,” katanya.
Tambah Biju, pengalamannya memandu bas selama bertahun-tahun membuatkannya yakin untuk memarkir kenderaan itu di situ.
“Saya telah memandu bas terutamanya di laluan Ernakulam-Kannur selama bertahun-tahun. Kenderaan itu 12 meter setengah panjangnya. Jadi kepanjangan Innova bukanlah masalah buat saya.
“Kereta apa pun, kamu perlu ada gambaran mental mengenai saiznya. Segalanya tentang pemahaman dan keyakinan,” kata Biju.
Kehebatan skil Biju turut membuatkan warga tempatan kagum dan bersedia menunggunya untuk menyaksikan lelaki itu memarkir di atas jambatan tersebut.
Parking specialist 🤗 somewhere in #Kerala pic.twitter.com/1kC4ReX9nA
— ラジャン (@rajannair17) September 8, 2020
Check out how he parked also https://t.co/KCr0zG5t3s pic.twitter.com/A8mBr3ju2J
— Sagar Khedkar🇮🇳 (@sakhedkar) September 8, 2020
Sumber: Twitter, Hindustan Times