ZARQA, 11 Sept – Sebuah gudang tentera di Bandar Zarqa, Jordan di sini dilapor meletup, disyaki akibat berlaku litar pintas pada pagi Jumaat.
Menteri Media, Amjad Adaileh berkata, gudang di timur bandar itu menyimpan bom-bom mortar terbiar milik tentera.
Dalam masa sama, pihak tentera turut menyatakan, letupan tersebut berlaku di salah sebuah depot simpanan peluru yang sedang dalam proses dirobohkan.
Bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan setakat ini.
Menurut laporan Arab News, letupan terbabit boleh kedengaran hingga sejauh 30 kilometer.
Difahamkan, kawasan kejadian telah dikepung tentera, sementara Pasukan Pertahanan Awam sedang giat menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
Sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi mengenal pasti punca letupan tersebut.
Manakala orang awam diminta untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.
#BREAKING: Explosions heard in the Jordanian city of Zarqa. Initial reports say it was ammunition stores at a military installation. (Video: Social media)https://t.co/N6WUcougWn pic.twitter.com/87PoKfxHBv
— Arab News (@arabnews) September 10, 2020