Siakap Keli
kanak-kanak nyaris diculik
Gambar: Twitter

(Video) Detik Cemas, Kanak-kanak Didakwa Nyaris Diculik Di Depan Mata Ibu, Sempat Diselamatkan Orang Awam

Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba ditarik seorang lelaki ketika bersama wanita dipercayai ibunya di sebuah restoran didakwa di Afrika Selatan.

Dalam video tular, kelihatan pelaku tiba-tiba muncul dari sebalik penghadang restoran sebelum cuba ‘merampas’ mangsa yang duduk bersama ibunya.

Susulan itu, terjadi pergelutan antara pelaku dengan ibu mangsa serta seorang lelaki yang cuba membantu. Nasib menyebelahi kanak-kanak berkenaan kerana berjaya diselamatkan manakala pelaku telah ditahan orang awam.

Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.

Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.

“Dikatakan bahawa pada 10 September sekitar 5 petang, pengadu berada di sebuah restoran pizza bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika seorang lelaki tidak dikenali datang dan menarik anaknya seolah-olah ingin mengambil kanak-kanak tersebut,” kata Makhubela.

“Ibu dan anaknya menjerit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspek berjaya ditahan,” katanya.

Suspek yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).

Sumber: The South African, News24

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.