Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Gempa Bumi Berkekuatan 5.0 Skala Richter ‘Goncang’ Utara Sumatera, Indonesia Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story