Siakap Keli

Gagal Patuhi SOP: Dua Pusat Hiburan Di Butterworth Diarah Tutup

KEPALA BATAS, 15 Sept – Dua pusat hiburan di Butterworth dekat sini diarah tutup selama tujuh hari selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata arahan itu dikeluarkan semasa operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa malam tadi.

Dalam operasi yang melibatkan polis, Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu, sebanyak enam pusat hiburan diperiksa, katanya kepada Bernama hari ini.

“Pusat hiburan terbabit diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP iaitu tiada penjarakan fizikal dan tidak mencatatkan nama serta suhu badan pelanggan selain tidak memakai pelitup muka.

“Seramai lima pelanggan di premis itu turut dikompaun RM1,000 masing-masing kerana ingkar SOP,” katanya.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang