Siakap Keli
Gambar: allkpop

Pelakon Korea Selatan, Oh In-hye Dilapor Meninggal Dunia

Pelakon Korea Selatan, Oh In-hye dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya pada hari Isnin (14/9). Berita sedih itu disahkan oleh rakan sekerja Oh In-hye, lapor CNN Indonesia.

“Saya harap dia dapat kembali sedar. Tetapi dia tidak sedarkan diri sehingga ke akhirnya kerana jantungnya telah berhenti berdegup,” kata rakan Oh In-hye.

Terdahulu, sumber dari pihak polis mendedahkan bahawa dia telah menerima laporan mengenai keadaan Oh In-hye ketika dia tidak sedarkan diri di rumah daripada seorang rakan. Polis kemudiannya segera bergegas setelah mendapati bahawa Oh In-hye tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakannya.

“Kami mengesyaki bahawa dia cuba untuk membunuh diri. Tetapi kami belum lagi menyoal siasat orang-orang yang berkaitan dengannya,” kata sumber itu.

Polis Incheon Yeonsu dan Jabatan Bomba Songdo menyatakan bahawa Oh In-hye ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana masalah jantung sekitar jam 5 pagi di kediamannya di Songdo International Business District, Incheon.

Oh In-hye segera diberikan CPR dan prosedur kecemasan lain sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan.

Nafas dan denyutan nadi pelakon berusia 36 tahun itu dilaporkan stabil walaupun dia tidak sedarkan diri. Susulan daripada itu, polis telah merancang untuk menjalankan siasatan lebih lanjut selepas Oh In-hye kembali sedar.

Pun begitu, seperti yang dilaporkan oleh Dispatch melalui Naver, Oh In-hye tidak sedarkan diri dan meninggal dunia pada Isnin (14/9) malam. Oh In-hye akan dikebumikan secara tertutup di Hospital Universiti Inha pada hari Rabu (16/9).

Sumber: CNN Indonesia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa