Siakap Keli

TERKINI: KKM Kesan Kluster Baharu Iaitu Kluster Pulau di Kunak Sabah, 8 Kes Positif Libatkan Warganegara

Satu kluter baharu dikesan iaitu Kluster Pulau di mana melibatkan sebuah keluarga di Kunak, Sabah.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, 8 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah ahli keluarga kepada kes indeks (kes 9940) yang merupakan seorang wanita berusia 68 tahun.

Setakat ini, 128 individu telah disaring di mana 18 dikesan negatif manakala 101 masih menunggu keputusan.

Sumber: Sidang Media KKM/KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.