Siakap Keli
Gambar: Met Malaysia

Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Di Beluran, Sabah

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa