Siakap Keli

Pakai Pelitup Muka Harus Padan Dengan Bentuk Wajah – Laporan

Pekerja kesihatan wanita dan kakitangan perubatan Asia cenderung menggunakan pelitup muka yang tidak sesuai dengan mereka sehingga menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, menurut laporan pada hari Selasa (15 September).

Laporan yang diterbitkan menerusi jurnal Anesthesia meneliti kajian terhadap pelitup muka lain seperti model N95 dan FFP2, yang digunakan oleh pekerja perubatan dalam situasi berisiko tinggi.

Penulis terbabit dalam pada itu memberitahu bahawa untuk memastikan pelitup muka tidak bocor, ia harus sesuai dengan bentuk wajah pemakainya, sambil menambah cara itu penting bagi melindungi pemakai daripada penyebaran virus melalui udara, berbanding kapasiti penapisan pelitup muka itu sendiri.

“Perlindungan udara yang memuaskan hanya berlaku jika penapis pernafasan pada pelitup muka dipadankan dengan betul ke wajah individu, sekaligus dapat menutupi muka tanpa ruangan terbuka,” kata pengarang bersama Profesor Britta von Ungern-Sternberg, dari University of Western Australia.

Sumber: The Business Times

Nur Farra