Siakap Keli

COVID-19 Merebak Melalui Titisan Cecair Pernafasan Apabila Seseorang Batuk, Bersin & Bercakap – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi ciapan terkini di laman Twitter rasmi mereka menegaskan bahawa, Covid-19 merebak melalui titisan cecair pernafasan apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap.

KKM turut menasihatkan, jika jarak fizikal antara individu kuarang 1 meter, risiko jangkitan lebih tinggi. Oleh kerana penjarakan fizikal semakin sukar terutama di kawasan sesak dan sempit.

“Penting untuk kita berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri dan keluarga,” tambah KKM lagi.

Virus ini boleh dielak dengan:

  1. Penjarakan fizikal
  2. Kerap cuci tangan guna sabun dan air bersih
  3. Pakai pelitup muka dengan betul di tempat yang betul.

Sumber: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)