Siakap Keli
Gambar: Nawacita

Pelakon Kamen Rider Hibiki, Sei Ashina Dilapor Meninggal Dunia

Pelakon terkenal Jepun, Sei Ashina dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun, lapor portal NME.

Menurut laporan daripada media Jepun, Ashina telah ditemui meninggal dunia di apartmennya pada hari Isnin (14 September).

Dia dilaporkan ditemui oleh abangnya, yang pergi ke apartmennya setelah dia tidak membalas panggilan serta mesej abangnya itu pada 13 September.

Gambar: The Jakarta Post

Berita sedih itu kemudiannya telah disahkan oleh kenalan terdekat pelakon tersebut yang menyatakan: “Perincian berkenaan kejadian itu masih sedang dalam siasatan, tetapi kami ingin meminta media untuk mempertimbangkan perasaan keluarga mereka untuk tidak temu bual keluarga mereka.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kebaikan Ashina selama dia hidup dan mendoakan kesejahteraan anda semua,” tambah mereka.

Selain membintangi drama berjudul Silk pada tahun 2007 bersama Keira Knightley, Ashina juga terkenal dengan peranannya dalam drama The Tail od Happiness dan siriĀ  TV Jepun Nanase: The Psychic Wanderers. Salah satu lakonan terakhirnya adalah cerita berjudul Ship of Theseus, yang telah diterbitkan pada awal tahun ini.

Selain dari itu, Ashina juga turut pernah membintangi siri adi wira berjudul ‘Kamen Rider Hibiki’ dengan memainkan watak sebagai Hime, lapor portal Asia One.

Gambar: Kompas Entertainment

Sumber: NME.com, Asia One

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa