Siakap Keli

TERKINI: JKR Malaysia Sahkan Kes COVID-19 Terbaharu Di Ibu Pejabatnya Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 17 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kes terbaharu COVID-19 melibatkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kakitangan tersebut telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan kronologi perjalanan pegawai yang dikongsikan JKR, beliau dilaporkan hadir ke pejabat pada 7 hingga 9 September. Pada 10 September, beliau hadir dalam sesi Penggulungan ke atas Perbahasan Titah Diraja (Dewan Negara) di Parlimen.

Pada hari yang sama, beliau turut hadir dalam Mesyuarat Pewartaan Jalan, Bilik Tanjung di Blok A, Kementerian Kerja Raya (JKR).

Seterusnya, pada 11 September beliau hadir ke pejabat dan berada di rumah pada 12 September.

Pada 14 September, beliau hadir ke pejabat pada jam 8 pagi sebelum bertolak ke Kuching pada jam 11 pagi untuk menghadiri satu mesyuarat di JKR Sarawak.

Kakitangan tersebut dimaklumkan menginap di sebuah hotel disana.

Beliau dilaporkan menjalani Ujian Swab COVID-19 secara ‘random’ di Lapangan Terbang Kuching.

Pada 16 September, ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, beliau dihubungi oleh Hospital Kuching dan dimaklumkan positif ujian tersebut.

Ketibaan beliau di KLIA dan diiringi oleh Petugas Kesihatan Hopsital Sungai Buloh.

Menurut JKR lagi, kedua-dua penerbangan pergi dan balik dinaiki oleh kakitangan tersebut adalah penerbangan Air Asia.

Susulan itu, JKR melampirkan senarai kontak rapat dan sejarah perjalanan pesakit berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta proses kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran,” tulis JKR.

Sumber: JKR Malaysia

Amira

Love yourself.