Siakap Keli
Gambar: Ustaz Don Daniyal

Ustaz Don Dedah Ini Nasihat Arwah Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup

Semalam pada tarikh 16 September, semua rakyat di negara ini menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-57, bersempena pembentukan negara Malaysia pada 1963 lalu.

Namun, mungkin ada antara kita yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama ketika 2016 dulu, ilmuan dan agamawan terulung, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din telah kembali ke Rahmatullah pada usia 76 tahun atas masalah komplikasi jantung.

Beliau yang menerima rawatan dan meninggal dunia di Hospital Stanford, San Fransisco, Amerika Syarikat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Mengimbas kembali kenangan bersama almarhum, pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal hari ini berkongsi sedikit pengalaman yang dilaluinya bersama arwah satu masa dahulu.

Gambar: Ustaz Don Daniyal

Saya berpeluang tolak wheelchair Tuan Guru di Masjid Nabawi.

Kami keluaq ikut pintu 25 sebab di situ ada kedai yang Tuan Guru suka minum teh susu dia.

Ketika abang Hamdi anak Tuan Guru pi beli ayaq, saya dok dengan Tuan Guru berdua ja.

Saya tanya Tuan Guru, ” Tuan Guru, nasihatkan saya dengan satu nasihat yang saya boleh pegang seumuq hidup,”

Tuan Guru kata, “Berpeganglah dengan Al-Quran,”

Gambar: Ustaz Don Daniyal

Kalam orang soleh ni, mesti kita kena pegang.

Kewafatan arwah Tuan Guru Haron Din menggambarkan khusnul khotimah (pengakhiran yang baik).

Kalau orang khusnul khotimah bercakap, kita tak mau pegang, siapa lagi kita nak pegang? Wallahua’lam.

Kepada yang terlupa, saya mengajak untuk mengingatkan semula, tarikh semalam 16 September adalah tarikh di mana almarhum Tuan Guru pergi meninggalkan kita pada 2016.

Tarikh itu juga saya jadikan simbolik untuk saya buat majlis perasmian kedai saya di samping di dalam majlis itu kita buatkan bacaan tahlil buat tuan guru.

Gambar: Ustaz Don Daniyal

Lebih istimewa, Datin Khadijah Salleh iaitu isteri almarhum Tuan Guru sudi hadir bersama dan seterusnya menjadi perasmi kepada majlis tersebut.

Jadi di kesempatan ini, di pagi yang mulia ini saya mengajak semua untuk memperingati beliau dengan melapangkan masa kalian sebentar membaca dan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

Al-Fatihah.

Tuan Guru, kami rindu.

Sumber: Ustaz Don Daniyal

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'