Siakap Keli
Gambar: Riann Goettl Seymour

(Video) “Ada Bulu Pendek Di Sisi,” ‘Cacing’ Didakwa Lebih 1 Meter Ditemui, Timbulkan Tanda Tanya Dalam Kalangan Warganet

Seorang lelaki mendakwa menemui seekor cacing besar dipercayai boleh sepanjang 1.5 meter di jalan berhampiran pintu masuk di Lower Peirce Reservoir, Singapura pada 13 September lalu.

Memetik laporan Mothership, Riann Goettl Seymour dan rakannya telah mencuba untuk memindahkan cacing ke pinggir rumput di sisi jalan untuk mengelakkannya dari dipijak.

Gambar: Riann Goettl Seymour

Dia juga telah memuatnaik gambar dan video cacing berkenaan ke dalam page Facebook Nature Society Singapore dan mendapat perhatian dari warganet. Rata-rata dari mereka tertanya-tanya mengenai makhluk itu.

Gambar: Riann Goettl Seymour

Seorang pengguna Facebook berpendapat bahawa cacing itu berkemungkinan merupakan cacing tanah Giant Gippsland yang boleh membesar sehingga 1.5 meter. Pun begitu, spesies ini merupakan endemik di Victoria, Australia dan tidak dapat dijumpai di tempat lain di dunia.

Gambar: Riann Goettl Seymour

Namun, seperti yang dilihat dari gambar tersebut, cacing itu mempunyai bulu pendek di sisinya, ciri yang kurang dimiliki oleh cacing tanah.

Tidak cuma itu, ada juga yang berkata bahawa tu mungkin merupakan Polychaetes yang merujuk kepada sekumpulan besar lebih daripada 10,000 spesies cacing yang kebiasaannya mendiami air laut. Ia juga turut dikenali sebagai cacing bulu.

Penemuan itu bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet di Singapura yang melihatnya.

Pun begitu, warganet yang lain pula menganggap haiwan tersebut adalah cacing ‘watwat’. Turut dikenali sebagai umpun-umpun, haiwan ini juga terkenal dalam kalangan pemancing yang digunakan sebagai umpan.

Gambar: Mothership / Baithouse Amber

Oleh itu, timbul tanggapan bahawa berkemungkinan cacing itu mungkin umpan yang dibuang oleh pemancing yang memancing di takungan. Bagi para pemancing, mungkin ianya merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka, namun, kepada orang yang tidak pernah melihatnya, ianya dianggap sebagai penemuan yang agak pelik.

Sumber: Mothership

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa