Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Detik Cemas, Dua Lelaki Lari Tinggalkan Motosikal Gara-gara Dikejar Gajah

Kredit: Rocksaigon81

Pertembungan empat mata dengan haiwan gergasi bernama gajah ini pastinya menakutkan. Silap percaturan, kita boleh menjadi mangsa injakan kakinya yang boleh mematahkan tulang belulang.

Dengan berat purata sekurangya 2 tan bagi gajah dewasa, ia boleh merosakkan hampir apa sahaja di depan mata.

Baru-baru ini, tular video dua orang lelaki berhadapan seekor gajah di sebuah jalan kecil di lokasi yang tidak diketahui.

Dalam video berkenaan, kelihatan mereka yang sedang menunggang motosikal seakan teragak-agak ketika bertembung haiwan tersebut.

Melihat si gajah yang mara ke arah mereka, kedua-dua pemuda itu kemudiannya lari meninggalkan motosikal sebelum gajah itu mengubah laluan ke dalam semak.

Sumber: Makassar Info