Siakap Keli

(Video) Aksi Lelaki Guna Ular Sawa Sebagai Pelitup Muka Jadi Viral Di Media Sosial

SALTFORD, GREATER MANCHESTER: Seorang lelaki melilitkan ular sawa di leher dan mukanya seperti pelitup muka.

Aksi lelaki itu telah dirakam oleh penumpang bas yang dinaiki olehnya di Saltford.

Video daripada Youtube, info-viral-fun:

Perkara ini telah menimbulkan spekulasi tentang adakah cara itu berkesan untuk menghalang penyebaran wabak Covid-19.

Profesor Komunikasi Sains di University of Gloucestershire Adam Hart memberitahu “tidak ada kajian mengenai keberkesanan ‘topeng ular’ tetapi saya rasa kita dengan yakin dapat mengatakan bahawa ini bukan cara yang berkesan untuk mengurangkan penyebaran coronavirus”.

Selain itu, dia juga berkata “lilitan daripada ular sawa itu boleh menjadi ancaman nyawa kepada lelaki itu sekiranya ular sawa itu hilang kawalan”.

“Kelakuan ini akan meningkatkan lagi reaksi orang awam untuk menyentuh ular sawa tersebut lalu secara tidak langsung akan meningkatkan lagi peratusan jangkitan wabak Covid-19 hasil daripada sentuhan”

Dia memberi amaran bahawa menutup hidung dan mulut dengan ular dapat menyebabkan sesak nafas, ‘walaupun anda seorang pawang ular yang berpengalaman’.

Sumber: metrouk

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.