Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: 20 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 17 Kes Tempatan, Satu Kematian Baharu Di Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 51 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 315 bersamaan dengan 91.62%.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham, sebanyak 20 kes baharu Covid-19 telah dicatatkan hari ini termasuk 17 kes tempatan dan 3 kes import. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 10, 167 kes dengan 722 kes aktif.

Kes tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 9 kes termasuk 8 dari Kluster Sungai.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan bagi kes kematian pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 130 bersamaan 1.28%.

Kes kematian ke-130 (kes ke-9578) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit strok serta sukar bergerak sendiri sejak Mac 2020 akibat patah tulang utama di kaki. Beliau mengalami gejala demam pada 4 September 2020 namun tidak mendapatkan rawatan. Pada 7 September 2020, beliau telah dikesan sebagai kontak rapat kepada anak dan cucu beliau yang merupakan kes positif dalam Kluster Sungai (iaitu kes ke-9458 dan kes ke-9547), lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Saringan COVID-19 didapati positif pada 9 September 2020. Keadaan beliau didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 September 2020 jam 5.45 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa