Siakap Keli
Gambar: 123RF.com

Wanita Dilaporkan Gigit Alat Sulit Lelaki Hingga Putus, Dakwa Lelaki Itu Hendak Merogolnya

Seorang wanita dilaporkan sedang disiasat pihak polis Brazil selepas dia didakwa menggigit alat sulit seorang lelaki sehingga putus, lapor Daily Mail.

Menurut portal tersebut, wanita itu dikatakan telah mengakui tindakannya yang berlaku pada 5 September itu namun menyatakan bahawa dia hanya bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya daripada dirogol seorang lelaki.

Dia mendakwa bahawa lelaki itu yang juga jirannya telah masuk ke bilik tidur rumahnya di Miguel Alves, utara Brazil, dan menyerangnya semasa dia sedang bersama lelaki lain pada ketika itu.

Dalam sebuah video yang telah tular, dia menyatakan bahawa lelaki itu yang juga didakwa sebagai bapa ayamnya telah mengheretnya ke katil secara paksa sebelum berusaha untuk merogolnya.

Menurut Daily Mail, wanita itu mengaku bahawa dia telah menggigit alat sulit lelaki itu sebanyak dua kali untuk mempertahankan dirinya serta menyatakan bahawa dia tidak menyedari yang dia telah menggigitnya sehingga putus.

Laporan tempatan menunjukkan bahawa lelaki itu berkemungkinan adalah bekas kekasihnya, dan menyerangnya kerana cemburu. Wanita itu didakwa telah menolak pelawaan untuk bertemu dengannya.

Selepas daripada serangan itu, lelaki tersebut telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan serius, di mana doktor dilaporkan tidak dapat menyambungkan semula alat sulit lelaki berkenaan.

Lelaki terbabit telah diberikan rawatan dan discaj pada hari yang sama.

Dia mendakwa bahawa serangan itu tidak diprovokasi, katanya pada saluran berita G1 bahawa dia ‘tidak patut menerima apa yang menimpanya itu’.

Wanita tersebut memaklumkan pada laman berita lain, Meionorte, bahawa dia telah dirogol sebanyak dua kali ketika dia masih kecil, dan enggan menjadi mangsa untuk kali ketiga.

Polis dilaporkan telah membuka siasatan terhadap kes itu selepas kakak lelaki berkenaan menghubungi mereka beberapa hari selepas insiden itu berlaku.

Detektif polis telah melakukan pemeriksaan perubatan terhadap lelaki itu serta menyoal siasat kedua-dua mereka.

Keputusan sama ada salah seorang atau kedua-duanya akan didakwa masih belum diketahui lagi.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa