Siakap Keli
Gambar: JSJ Kontinjen Pahang

“THO’ Pergi Jua,” Banyak Sumbang Bakti Bantu Kes Narkotik, Anjing Pengesan K9 Telah Mati

Anjing adalah haiwan yang terkenal dengan sifat setia serta faham keperluan manusia sekiranya dilatih dengan betul.

Selain digunakan untuk menjaga rumah, harta benda atau melindungi manusia, anjing juga turut digunakan dalam membantu polis menyelesaikan kes-kes jenayah.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook JSJ Kontinjen Pahang ini, seekor anjing polis yang bernama THO telah pergi buat selamanya selepas dilaporkan sakit tua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan THO, ikuti perkongsian mereka seperti berikut:

‘THO’ Pergi Jua

Setelah menanggung kesakitan akibat sakit tua, akhirnya anjing pengesan K9 bernama ‘Tho’ menghembus nafas terakhir pada 19/9/2020 lebih kurang 7.30 malam.

‘Tho’ yang berumur 12 tahun 8 bulan dilahirkan pada 30/1/2008 berkhidmat di seksyen K9 JSJ IPK Pahang pada 1/6/2018 yang mana sebelum ini berkhidmat di seksyen K9 JSJ IPK Johor.

‘Tho’ merupakan salah satu aset hidup PDRM yang juga memiliki pangkat sepadan dengan anggota mentornya yang merupakan “tuannya”. ‘Tho’ banyak menyumbang khidmat bakti dalam siasatan melalui pengesanan dan merupakan anjing pengesan bagi membantu kes narkotik di bawah seliaan anggota K9, Sarjan Patrick ak Sandai di dalam elemen D6 JSJ.

Info : 1 tahun anjing bersamaan 7 tahun manusia.

Gambar: JSJ Kontinjen Pahang

Sumber: JSJ Kontinjen Pahang

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa