Siakap Keli
covid-19 indonesia tertinggi
Gambar: Google

Indonesia Pecah Rekod Kes Tertinggi Sehari, Catat Lebih 4,000 Kes COVID-19 Hari Ini

Jakarta, 21 Sept – Indonesia mencatatkan pertambahan kes tertinggi COVID-19 sejak Mac lalu dengan jumlah 4,176 kes pada hari ini.

Menurut laporan, kebanyakan kes tersebut dilaporkan di Jakarta dengan 32 peratus kes melibatkan wilayah berkenaan, diikuti Jawa Timur (8%) dan Jawa Tengah (5.6%).

Kes kematian tertinggi hari ini dilaporkan berlaku di Jakarta dengan 29 kes, diikuti Jawa Timur, 25 kes dan Jawa Tengah, 20 kes.

Sementara itu, kes sembuh tertinggi hari ini juga didahului Jakarta, 1,299 kes, diikuti Aceh, 376 kes dan Jawa Timur, 341 kes.

Menurut CNN, negara itu pernah mencatatkan kes baru mengatasi angka 4,000 pada Sabtu lalu (19 Sept) dengan 4,168 kes.

Setakat hari ini, sebanyak 248,852 kes dicatatkan di Indonesia dengan 180,797 kes pulih dan 9,677 kematian.

Sumber: CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.