Siakap Keli

COVID-19: Denda Lebih RM 52k Jika Langgar Arahan Kuarantin Di England

LONDON: Warga Britain positif COVID-19 yang mengingkari arahan kuarantin akan dikenakan denda hingga £10,000 (RM52,778).

Di bawah langkah-langkah baru ini, sesiapa sahaja yang didapati positif Covid-19 dan tidak mengasingkan diri dianggap melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan.

Mereka yang berpendapatan rendah dan menghadapi kekurangan daripada segi kewangan akibat daripada pengasingan diri ini layak untuk menerima bantuan sebanyak £500 (RM2,634) bagi menolong mereka dalam mengatasi masalah kewangan.

Dengan kes jangkitan baru yang berlipat ganda setiap minggu, Johnson mengatakan langkah-langkah itu diperlukan untuk mengendalikan penyebaran Covid-19 ini.

Pengumuman ini telah dilakukan pada Sabtu malam, Perdana Menteri mengatakan, “Cara terbaik untuk memerangi virus ini adalah dengan semua orang mengikuti peraturan dan mengasingkan diri jika mereka berisiko menyebarkan Covid-19″.

“Pihak yang memilih untuk mengabaikan peraturan ini akan dikenakan tindakan yang telah ditetapkan”

Peraturan baru akan berkuat kuasa di England bermula 28 September.

Johnson juga mengatakan”mengakui bahawa gelombang kedua Covid-19 telah sampai ke Britain dan jangkitan ini akan lebih banyak yang akan terjadi, peningkatan ini sama sekali tidak dapat dielak”.

Denda akan bermula pada £1,000 (RM5,267) dan akan meningkat sehingga £10,000 (RM52,674) untuk mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan secara berulang kali.

Denda ini juga turut dikenakan kepada mana-mana pihak yang menghalang orang lain daripada mengasingkan diri, seperti majikan yang menyuruh kakitangan untuk bekerja.

Peraturan ini juga, turut kepada mana-mana pihak yang gagal untuk mengasingkan diri selama 14 hari setelah pulang daripada negara yang mempunyai risiko Covid-19 rendah.

Peraturan baru melarang perjumpaan sosial lebih daripada 6 orang – berkuat kuasa.

Sekatan baru juga telah dilakukan di North West, West Yorkshire dan the Midlands.

Langkah-langkah ini telah menyebabkan sekitar 13.5 juta penduduk UK akan tinggal di bawah beberapa bentuk kawalan dalam menangani wabak Covid-19.

Sumber: Evening Standard

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.