Siakap Keli

Permulaan Fasa Peralihan Monsun Dijangka Berlaku Bermula Khamis Ini – MetMalaysia

Malaysia dijangka memasuki fasa peralihan monsun mulai 24 September 2020 (Khamis) ini. Pada fasa ini, lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh masa yang singkat.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

“Fasa peralihan monsun, keadaan cuaca itu biasanya berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak,” kata kenyataan itu,” jelas dalam kenyataan tersebut.

Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 18 Mei 2020 lalu.

Difahamkan dalam kenyataan itu, tempoh ini juga langit biasanya cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika tempoh fasa peralihan monsun serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan itu menerusi laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.

Sumber: Metmalaysia

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang