Siakap Keli

Tular Foto Kereta Rosak Ditimpa Pokok, Dipercayai Akibat Hujan Lebat Petang Tadi Di Kajang

Susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi di Putrajaya dan kawasan sekitar, beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa pokok yang tumbang.

Berdasarkan perkongsian gambar oleh Cyberjaya Info, kelihatan sekurang-kurangnya tiga buah kereta kemek susulan tumbangnya beberapa pohon besar dipercayai akibat ribut di Desa Pinggiran Putra, Kajang.

Dalam salah satu gambar, sebuah Perodua Axia terangkat hingga mengenai bumbung garaj apabila pokok di sebelahnya tumbang, membuatkan akar terjungkit keluar.

Terdahulu, media melaporkan kejadian hujan batu di Putrajaya dan kawasan sekitar pada petang tadi disertai kilat dan ribut petir.

Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal
Gambar: Cyberjaya Info/En. Haikal

Sumber: Cyberjaya Info

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.