Siakap Keli
hujan batu putrajaya
Gambar: Facebook/Cyberjaya Info/Irene/Faris Salleh/Asyraf Sabri

(Video) Rakaman Beberapa Kawasan Di Putrajaya Dilapor ‘Ditimpa’ Hujan Batu Sebentar Tadi

Fenomena hujan batu dilaporkan telah berlaku di Putrajaya petang ini.

Berdasarkan perkongsian rakaman orang awam, kelihatan hujan lebat berserta kilat dan ketulan ais menimpa kawasan dipercayai di wilayah berkenaan.

Menurut salah seorang pengguna, Aklil Hamdee, terdapat beberapa kejadian pokok dan tiang elektrik tumbang di beberapa lokasi antara Putrajaya menuju ke Kajang.

Tak lepas balik rumah. Tadi di Putrajaya hujan batu. Tersadai kejap kat Desa Pinggiran ni.

1) laluan susur dari arah PICC (Putrajaya) ke Desa Putra (Kajang)
Dahan pokok tumbang kiri kanan – Alhamdulillah lepas
2) Laluan ke arah Desa Putra, sebelum lampu isyarat ke Dengkil (KV Sepang) – Pokok tumbang
3) Laluan belakang – dari Limau Manis ke Desa Putra – Tiang Elektrik/Telekom Tumbang

Sumber: Aklil Hamdee, Asyraf Sabri, Faris Salleh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.