Siakap Keli

(Video) Detik-detik Ulama Dilapor Meninggal Dunia Sebaik Lafaz ‘Lailahaillallah’ Ketika Sedang Beri Ceramah Agama

SUMATERA BARAT: Penceramah meninggal dunia ketika memberi ceramah setelah melafazkan ‘Lailahailallah’.

Ulama tersebut dikenali sebagai Buya Malin Putiah yang sedang memberikan ceramah di masjid Kecamatan Harau, daerah Limapuluh Kota, Sumatera Barat.

Buya Malin telah terjatuh setelah mengucapkan kalimat ‘Lailahailallah’.

Buya malin ketika itu menyampaikan ceramahnya dengan menggunakan bahasa Minang.

Ketika itu dia sedang menyampaikan ceramahnya tentang kebesaran agama Islam yang mengandungi,

“Allah S.W.T mengetahui tentang apa yang kita semua lakukan”

“Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar”

“Kata-kata dihati kita, Allah juga mengetahuinya”, kata Buya Malin yang cukup bersemangat.

Setelah mengucapkan kalimat ‘Lailahailallah’, Buya tiba-tiba telah jatuh ke belakang

Tidak lama kemudian, Buya Malin disahkan telah meninggal dunia.

Video daripada Youtube, Nwm:

Sebelum meninggal dunia, Buya dalam keadaan sangat sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai penyakit.

Sumber: Tribunnews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.