Siakap Keli

Anwar Ibrahim Dakwa Dapat Sokongan Kukuh Dan Menyakinkan Untuk Bentuk Kerajaan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di sebuah hotel.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter Bernama TV, beliau mendakwa bahawa telah mendapat sokongan daripada Bumiputra serta pemimpin Islam dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, langkah seterusnya akan dimaklumkan selepas beliau menghadap YDP Agong.

Tambahnya lagi, Tun Dr Mahathir dan Pejuang tidak termasuk dalam majoriti yang menyokong itu.

Beliau juga turut menegaskan bahawa beliau mendapat sokongan daripada majoriti yang kuat dan bukannya sekadar majoriti kecil.

Kerajaan yang dibentuk bakal menjadi kerajaan yang adil, membanteras rasuah dan kemakmuran negara, lapor Bernama.

 

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right