Siakap Keli

Lelaki Dilapor Beli Tanah Di Bulan, Hadiahkan Untuk Isteri Sebagai Hadiah Perkahwinan

PAKISTAN: Seorang lelaki dilapor  membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun, membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).

Menurut Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di bulan, namun pembelian ini benar-benar terjadi dalam kalangan penduduk sedunia sekarang.

Seseorang itu boleh membeli tanah di bulan melalui LSI. Setiap pembelian tersebut akan mendapat dokumen yang dikeluarkan oleh ‘Sea of Vapours’, sebagai perjanjian agar tanah yang dibeli itu akan kekal dan dapat didiami.

Selain daripada Sohaib Ahmed, terdapat individu lain yang sudah membeli tanah di bulan iaitu seorang pelakon Bollywood yang dikenali sebagai Sushant Singh.

Sumber: Dialogue

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.