Siakap Keli
Gambar: DBKL

Sisa Makanan Di Lantai & Hurungan Najis Tikus Ditemui, DBKL Arah Kilang Proses Roti Kotor Ditutup

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Sebuah kilang proses roti di Jalan Kuchai Lama di sini diarah tutup selepas didakwa beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan di mana bahan mentah serta penyediaan makanan berada di atas lantai.

“Lantainya basah, kotor dan terdapat sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan agak kotor dan berdaki hitam.

“(Selain itu) peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan berada dalam keadaan kotor dan usang,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Gambar: DBKL

Dalam pada itu, premis tersebut juga menggunakan sumber air dari tandas yang kotor.

“Terdapat kesan hurungan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah.

“(Dan) pengendali makanan seramai 10 orang termasuk enam (6) warga asing kesemuanya mempunyai suntikan tifoid,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, perintah penutupan premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September (hari ini) dikeluarkan.

Berikut adalah foto-foto keadaan premis tersebut yang dirakam DBKL:-

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.