Harimau ialah sejenis hidupan liar yang berdepan dengan ancaman kepupusan kritikal pada hari ini.
Bukan sahaja habitatnya musnah akibat penerokaan hutan tanpa kawalan, malah populasinya juga berkurangan akibat menjadi mangsa pemburu haram.
Hari ini, seorang warganet bernama Jiwakacau Yut memuat naik satu rakaman video yang memaparkan kelibat seekor harimau yang ‘muncul’ di sebalik pokok-pokok.
Apa yang menyentuh hati adalah riak muka harimau tersebut yang tidak lagi ‘segarang’ dahulu.
“Ni adalah sebab kenapa hutan perlu dijaga bukan dibalak..
Sang Belang sebagai lambang jata negara pun buntu ke mana lagi nak pergi, selepas badak pupus di negara kita giliran hidupan liar mana pula..
Untuk keselamatan Sang Belang maaf tak boleh disebut lokasi,”
Posted by Jiwakacau Yut on Wednesday, September 23, 2020
Lokasi dan masa rakaman tidak dinyatakan, namun berdasarkan laporan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, ia dipercayai berlaku di India.
Walaupun bukan di Malaysia, namun perkara ini perlu menjadi kesedaran untuk kita agar mengetahui hakikat yang harimau semakin lama semakin berkurangan.
Semoga harimau ini terpelihara nyawanya agar kekal hidup dan tidak pupus di muka bumi ini.
Susulan video viral berkaitan seekor harimau di hutan rimba ladang Hulu Selangor. Untuk makluman semua video tersebut…
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, September 23, 2020
Sumber: Jiwakacau Yut, Info Roadblock/JPJ