Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buntu Cara Rawat Si Bulus Demam? Ketahui Simptom, Punca & Langkah Rawatan Awal

Aina Munirah
Gambar: ImagefX

Buntu Cara Rawat Si Bulus Demam? Ketahui Simptom, Punca & Langkah Rawatan Awal

Umum mengetahui bahawa kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan yang digemari oleh ramai orang. Hal ini kerana sifatnya yang manja, jinak serta tingkah lakunya yang kadangkala mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Bukan itu sahaja, kucing juga mudah dijaga dan sering dikenali sebagai haiwan yang mampu menceriakan suasana. Malah, bagi individu yang minat akan kucing, mungkin akan menganggap haiwan tersebut mampu memberi ketenangan kepada diri.

Namun, haiwan juga tidak lari dari masalah kesihatan seperti demam. Oleh sebab itu, mereka juga memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang rapi.

Ini bagi mengelakkan haiwan peliharaan kita menjadi sakit yang lebih parah ataupun sehingga berlaku perkara yang tidak diingini. Jadi, lebih baik cegah sebelum terjadi.

Untuk mengetahui cara mencegah dan merawat kucing anda yang demam, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Kucing pun boleh demam?

Ya, kucing pun boleh demam. Anda akan sedar jika kucing anda tiba-tiba menjadi lesu atau tak berminat bermain, ada kemungkinan suhu badannya naik.

Demam merupakan respon semula jadi tubuh haiwan untuk melawan ancaman, namun jika tidak diuruskan, ia boleh menjadi serius. Dengan mengenalpasti keadaan kucing dengan bertindak lebih awal ia mampu menyelamatkan nyawa kesayangan anda!

Demam kucing terjadi apabila suhu badan mereka meningkat melebihi paras normal (38.1-39.2°C). Biasanya, kenaikan ini signal bahawa badan sedang bertarung dengan jangkitan virus, bakteria, atau toksin. Feline panleukopenia, leptospirosis dan FIP adalah antara penyebab utama demam kritikal yang sering berlaku di negara kita.

Menariknya, banyak kes awal kucing demam disangka hanya malas, sedangkan ia sedang berjuang secara senyap.

Apakah tanda kucing demam? Owner kucing perlu tahu tanda-tanda ini!

Berbanding manusia, kucing jarang bersin atau batuk. Anda boleh mengesan lebih awal jika anda perhatikan tingkah laku dan perubahan fizikal si bulus. Namun, ramai pemilik terlepas pandang tanda-tanda kucing demam. Antaranya:

  • Lesu melampau, tidur lebih lama

  • Kurang makan atau hilang selera secara tiba-tiba

  • Nafas laju atau nadi meningkat

  • Bulu kelihatan kusut

  • Sembunyi di tempat gelap atau senyap

Keadaan fizikal kucing ketika sakit

  • Telinga atau perut terasa panas bila disentuh (bandingkan dengan suhu anda sendiri)

  • Mata tampak sayu, hidung kering atau panas

  • Gusi menjadi pucat atau kebiruan

Kadang-kala, kucing akan mengiau dengan nada rendah kerana tidak selesa. Anda boleh gunakan termometer rektal khusus haiwan untuk kenalpasti sama anda kucing anda alami suhu tinggi ataupun tidak.

Anda hanya perlu masukkan termometer secara lembut ke dalam anus kucing, tunggu beberapa saat dan baca hasilnya. Jika melebihi 39.2°C, itu dikira demam.

BACA: “Wet Food” Penting Untuk Kucing Anda, Ini Sebabnya

Bagi yang tak biasa, lebih baik anda dapatkan nasihat doktor haiwan agar tidak mencederakan kucing atau diri sendiri.

Punca utama kucing mengalami demam

Kucing demam berlaku disebabkan pelbagai faktor. Bukan hanya virus, malah perkara kecil seperti vaksinasi kucing pun mempengaruhi suhu badan!

1. Jangkitan virus dan bakteria

Feline panleukopenia (FPV), feline infectious peritonitis (FIP) dan leptospirosis antara jangkitan utama di Malaysia.

FPV biasanya menyerang anak kucing atau imun rendah membuat haiwan peliharaan anda mengalami simptom seperti suhu badan tinggi, muntah dan cirit-birit berdarah. FIP pula, selain demam, menghasilkan perut buncit akibat pengumpulan cecair.

Jangkitan bakteria lain yang menyebabkan demam adalah Salmonella atau E.coli, biasanya dari makanan tercemar. Contoh di bandar seperti Kuala Lumpur, banyak kucing jalanan terkena demam kerana terdedah pada najis dan sampah.

2. Penyakit berjangkit lain yang menyebabkan kucing demam

Kadang-kala, vaksinasi juga boleh menyebabkan reaksi demam ringan dalam masa 24 jam dan ini adalah normal dan akan sembuh sendiri.

Sementara itu, keracunan seperti pengambilan paracetamol sangat berbahaya, boleh menyebabkan demam serta kegagalan organ jika lambat dirawat.

3. Faktor lain yang menyebabkan suhu kucing meningkat

Tekanan persekitaran, heat stroke atau trauma juga boleh mencetus badan menjadi panas. Contohnya, kucing yang terkurung dalam kereta di bawah panas terik boleh sakit walaupun tiada jangkitan.

BACA: Kajian Dedah Kucing Lebih Cenderung Mengiau Kepada Lelaki, Ini Sebabnya

Kucing demam apa perlu buat?

Jangan panik dan ini apa yang anda perlu lakukan.

1. Segera ke klinik haiwan

Bawa si bulus ke klinik untuk diagnosis tepat adalah langkah yang mudah. Pemeriksaan fizikal dan diagnostik (seperti ujian darah, PCR untuk FPV/FIP) membantu menentukan punca tepat dan rawatan terbaik.

Pakar haiwan akan menasihati jika perlu rawatan in-house atau rawatan pesakit luar sahaja.

2. First respond di rumah

Sebelum gerak ke klinik, anda boleh pastikan si bulus berehat di tempat teduh dan berangin. Tidak lupa untuk sediakan air bersih sepanjang masa.

Penting juga untuk anda pantau suhu setiap 2-3 jam. Paling penting, jangan paksa makan atau beri ubat manusia (terutama paracetamol, ia sangat toksik!)

3. Berikan ubat kucing demam

Rawatan bergantung punca:

  • Cecair intravena (IV drips) untuk hidrasi.

  • Ubat antibiotik jika jangkitan bakteria

  • Antiviral untuk FIP, FPV

  • Pengurusan simptom seperti demam dengan ubat anti-pyretic veterinar

Perhatikan perkara ini selepas rawatan si bulus

1. Persekitaran ruang yang selesa

Pastikan kucing berehat di bilik bersih, sunyi dan suhu stabil. Elakkan dari gangguan kanak-kanak atau haiwan lain.

2. Perhatikan perubahan tingkah laku atau gejala

Pantau jika:

  • Masih demam atau berulang

  • Cirit-birit atau muntah baru

  • Hilang selera makan berpanjangan

  • Perubahan warna gusi atau kesukaran bernafas

3. Segera ke klinik jika…

Jika suhu melebihi 39.5°C lebih dari 24 jam, atau kucing menunjukkan perubahan seperti kejang atau muntah berdarah anda perlu segera ke klinik haiwan!

Kesimpulan

Jangan ragu untuk bertanya dengan doktor lebih-lebih lagi jika situasi yang berlaku merupakan pertama kali terjadi. Dengan itu, anda dapat cegah kucing demam atau penyakit lain menjadi lebih teruk.

Ingat, bertindak awal dan mengambil tahu adalah kunci untuk memastikan kucing anda ceria, sihat dan sentiasa menjadi peneman terbaik keluarga!

BACA: Risau Si Bulus Banyak Kutu, Ketahui Cara Atasi & Langkah Penjagaan

Sumber: Hello Doktor