Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kamera telefon Netanyahu
Gambar: X @MarioNawfal
Tular Gambar Netanyahu Tutup Kamera Telefon Dengan Pelekat, Cetus Spekulasi

Hannah

Tular Gambar Netanyahu Tutup Kamera Telefon Dengan Pelekat, Cetus Spekulasi

Satu gambar memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan bahagian kamera belakang ditutup pelekat telah tular di media sosial. Ia sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Gambar berkenaan menunjukkan Netanyahu memakai jaket hitam berlengan panjang, berdiri di sebelah sebuah kenderaan berwarna gelap sambil memegang telefon bimbit.

Namun, perhatian pengguna media sosial tertumpu kepada bahagian kamera telefon tersebut yang kelihatan ditutup menggunakan pita atau pelekat kecil.

Perkara itu mula dibangkitkan oleh pempengaruh terkenal, Mario Nawfal, menerusi platform X. Dalam hantarannya, beliau mempersoalkan tindakan Netanyahu menutup kamera telefon dan sama ada orang awam juga perlu melakukan perkara yang sama.

"Kenapa Netanyahu menutup kamera telefon bimbitnya? Siapa yang dia bimbangkan? Jika Perdana Menteri Israel sendiri merasakan perlu berbuat demikian, apa maksudnya untuk orang biasa?" tulisnya.

Spekulasi mengenai keselamatan telefon pintar

Susulan penularan gambar itu, ramai pengguna media sosial mula tertanya-tanya jenis telefon yang digunakan Netanyahu serta sebab sebenar kamera tersebut ditutup.

Perbincangan turut berkembang kepada isu keselamatan siber dan amalan keselamatan digital dalam kalangan pemimpin politik.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel berhubung gambar tersebut atau tindakan menutup kamera telefon berkenaan.

Namun begitu, sebahagian pihak percaya langkah tersebut merupakan prosedur keselamatan biasa yang diamalkan oleh pegawai Israel bagi mengelakkan ancaman perisian pengintip (spyware).

Amalan biasa dalam kalangan tokoh berprofil tinggi

Apabila ditanya, Grok, chatbot kecerdasan buatan (AI) yang terbina dalam platform X, menjelaskan bahawa pita merah pada kamera telefon Netanyahu adalah sebahagian daripada “protokol keselamatan standard Israel” di kawasan atau fasiliti berklasifikasi.

Menurut Grok, pelekat khas itu digunakan bagi menghalang sebarang rakaman imej secara tidak sengaja atau berniat jahat, selaras dengan amalan keselamatan di kawasan sensitif kerajaan, jelas Hindustan Times.

Grok turut menyatakan bahawa langkah sama pernah diambil oleh tokoh berprofil tinggi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Meta dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, yang diketahui menampal kamera komputer riba miliknya atas faktor keselamatan.

Amalan ini dikaitkan dengan kebimbangan terhadap spyware komersial yang mampu menggodam peranti secara senyap dan menyasarkan individu berpengaruh, termasuk pegawai Israel, seperti yang didedahkan dalam siasatan Amnesty International pada 2021.

Pandangan pakar keselamatan siber

Akhbar The Times of India turut mendapatkan pandangan pakar keselamatan siber berhubung isu ini.

Menurut Sunny Nehra, pengasas firma forensik digital, menutup kamera peranti merupakan salah satu langkah keselamatan asas yang sering diamalkan oleh pegawai kerajaan.

"Orang ramai menutup kamera telefon untuk menghalang sebarang rakaman atau pengambilan gambar secara rahsia sekiranya peranti mereka telah digodam," jelasnya.

Tambah beliau, spyware bertaraf komersial yang digunakan oleh sesetengah negara berupaya mengawal sepenuhnya telefon pintar tanpa disedari pemiliknya, selain mempunyai keupayaan anti-forensik yang canggih.

"Oleh itu, adalah amalan yang baik untuk menutup mikrofon dan kamera apabila tidak digunakan, terutamanya bagi pegawai atau individu berisiko tinggi," katanya.

Bagi orang awam pula, tindakan ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada amalan 'kebersihan digital' bagi meningkatkan tahap keselamatan dan melindungi privasi peribadi.