Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tular Gambar Tangan Lebam, Trump Kata Sebab Terlanggar Meja
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada ketika ini mencuri tumpuan dunia dengan pelbagai tindakan yang menjadi perdebatan ramai.
Namun, di sebalik kenyataannya yang sering menuai kritikan, timbul juga spekulasi mengenai keadaan kesihatannya. Ia berikutan beberapa gambar yang menunjukkan lebam pada tangan beliau.
Trump yang berusia 79 tahun itu bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan mengenai keadaan kesihatannya dan berkata bahawa beliau hanya terlanggar meja.
Menurut laporan AFP, Trump kerap kali dilihat mengalami lebam pada tangan kanannya sejak kembali ke Rumah Putih tahun lepas.

Kadang kala, kesan lebam itu juga cuba disembunyikan dengan pembalut dan alat solek.
Malah, Rumah Putih berkata tangan Trump cenderung untuk lebam kerana kerap berjabat tangan dan kesan dari aspirin yang diambilnya untuk kesihatan kardiovaskular.
Pun begitu, gambar terbaru yang dirakam pada Khamis di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland menunjukkan kesan lebam teruk, tetapi kali ini pada tangan kirinya.
Gambar-gambar itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan spekulasi.
"Saya terlanggar meja," kata Trump kepada wartawan di Air Force One.
Spekulasi telah bertiup kencang tentang kecergasan Trump kerana faktor usianya dan beliau juga pernah tertidur semasa acara awam.
Terdahulu, Rumah Putih juga pernah menjelaskan bahawa bengkak kaki yang dialami oleh Trump telah didiagnosis sebagai gejala kekurangan vena kronik.
Ia merupakan satu keadaan biasa di mana injap vena yang rosak membolehkan darah terkumpul, menyebabkan bengkak, kekejangan dan perubahan kulit.
Keadaan itu boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau prosedur yang disasarkan.
Dalam pada itu, lawatan hospital yang tidak diumumkan tahun lalu menambahkan lagi syak wasangka tentang kerahsiaan kesihatannya.
Beberapa minggu selepas itu, doktor Trump berkata pengimejan MRI menunjukkan kesihatan Presiden AS itu sangat baik.