Siakap Keli
beratur temuduga
Gambar: Twitter

(Video) Beratur & Berpanas Dipercayai Tunggu Giliran “Interview”, Kegigihan Anak Muda Cari Kerja Buat Netizen Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar buat seluruh dunia termasuklah Malaysia. Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bagi suku pertama tahun ini sahaja, kadar kehilangan pekerjaan di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 42 peratus akibat pandemik COVID-19.

Krisis ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia di mana lebih 36 juta pekerjaan dilaporkan terjejas di Amerika Syarikat sejak Mac lalu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi video orang ramai beratur panjang di tepi jalan, dipercayai sedang menunggu giliran untuk temuduga di Institut Kemahiran MARA.

Dalam video berkenaan, kelihatan orang ramai berpakaian kemas beratur panjang di tepi sebuah jalan, malah ada antara mereka dilihat membawa fail.

“Temuduga terbuka di IKM Manjung. Ramainya yang menganggur sekarang ini.”

Video ini telah mendapat perhatian lebih 6.5 ribu pengguna dan 579 ribu tontonan setakat ini sejak ia dikongsikan pada 12.25 tengah hari semalam.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih melihatkan hakikat pengangguran di Malaysia terutamanya selepas pandemik.

Kesian sebab berpanas, tetapi bangga mereka ada usaha

Sedih, tapi tahniah semua sebab ada usaha

Ada juga individu yang mendakwa berada di lokasi tersebut bagi menghadiri temuduga.

Suami pergi pukul 8 pun tak dapat temuduga

Abang datang dari Johor Bahru tapi tak sempat temuduga

Di dalam pun masih ramai yang menunggu giliran

Tunggu 6 jam, tapi tak dapat temuduga

Masa karnival kerjaya di Melaka pun ramai, hujan pun orang beratur

Sementara itu, ada warga maya yang berkongsi iklan-iklan jawatan kosong bagi individu yang berminat.

Semoga anda semua yang sedang mencari pekerjaan, dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.