Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bangkai pesawat dari Perang Dunia Kedua iaitu Bell P-39 Aircobra telah dinaikkan dari Laut Hitam, Teluk Lalamita berhampiran perkampungan Novofyodorovka, Crimea.
Tujuan peswat ini dinaikkan dari dalam lautan adalah sebagai sebahagia ekspedisi bersama Persatuan Geografi Rusia dan Kementerian Pertahanan Rusia.
Untuk pengetahuan anda, pesawat ini digunakan oleh Armada Laut Hitam pada tahun 1943 hilang kawalan kerana mengalami kerosakan teknikal semasa latihan dan terus terhempas ke dalam lautan hitam ini.


Bangkai peswat tersebut ditemui oleh sekumpulan penyelam skuba Alexey Kazarinov pada tahun 2017 di mana pesawat tersebut berada di bawah permukaan air sedalam 800 meter dari pantai.
Kajian rasmi mengenai pesawat pejuang ini akhirnya dilakukan pada tahun 2019 oleh ekspedisi Kementerian Pertahanan Rusia untuk mencari benda-benda yang mempunyai kaitan dengan Perang Dunia Kedua.



Sehubungan dengan itu, pesawat tersebut telah dialihkan dan ditempatkan di sebuah muzium untuk pameran kepada orang ramai.


Inilah rupa sebenar pesawat pejuang buatan Bell Aircraft. Kali pertama diterbangkan pada 1939 tetapi tidak dikenalkan kepada armada Amerika Syarikat.

Sumber: Dailymail