Siakap Keli

TERKINI: 150 Kes Baharu Positif Covid-19 Termasuk 146 Kes Tempatan, Sabah Catat 124 Kes Hari Ini

Sebanyak 150 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 10,919 kes setakat Ahad (27 September 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat menjadi 950 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 150 kes baharu dilaporkan, 146 kes adalah kes tempatan melibatkan 124 warganegara Malaysia dan 22 lagi bukan merupakan warganegara.

Manakala, baki empat (4) kes merupakan kes import melibatkan tiga (3) warganegara dan satu (1) bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat enam (6) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat (4) kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 50 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 9,835 atau 90.07 peratus daripada jumlah kes.

Terdapat satu (1)  pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 134 kes atau 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Twitter @DGHisham

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.