Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Ahmad Faizal Negatif COVID-19 Namun Tetap Kuarantin Di Rumah

IPOH, 28 Sept (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, disahkan negatif COVID-19 selepas saringan dilakukan sebaik pulang dari Sabah pada 20 Sept lepas.

Bagaimanapun Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumahnya sebagai langkah proaktif, tanpa apa-apa arahan dari mana-mana pihak.

“Beliau akan menjalani kuarantin di rumahnya di ibu negara.

“Ini adalah susulan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri Sabah,” kata kenyataan itu.

Justeru, kenyataan itu turut menyebut Ahmad Faizal tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya semua mesyuarat penting juga akan berlangsung secara sidang video dari rumahnya bagi, mengelakkan penularan wabak COVID-19.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story