Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota Polis Johor Meninggal Dunia Akibat Barah Otak

Nur Adnin
Gambar: Polis Johor

Polis Johor pada hari ini menyaksikan detik berduka apabila salah seorang anggota pentingnya ‘gugur’ kerana masalah kesihatan.

Anggota Bahagian Perlucuthakan Harta, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Thili Anathan a/l Arumugam dilapor meninggal dunia akibat komplikasi barah otak.

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, CP Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isterinya yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor, Datin Zaleha Mohd Ariffin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Gambar: Polis Johor

Sumber: Polis Johor