Siakap Keli
Gambar: @geo.rock888

Foto Unik Sebahagian Etnik Buton Bermata Biru Di Sulawesi, Dipercayai Akibat Sindrom Waardenburg

Setiap kejadian di dunia ini diciptakan Allah SWT dengan pelbagai sebab, keunikan tersendiri dan hikmahnya yang tertentu.

Seperti yang dikongsikan oleh Discover ASEAN, ada satu suku kaum pribumi yang tinggal di sebuah pulau di Indonesia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Percaya atau tidak, walaupun mereka berkulit perang gelap, namun sebahagian mereka mempunyai warna mata berwarna biru dan sungguh cantik.

Suku mata biru Indonesia

Suku Buton adalah merupakan salah satu suku kaum di Indonesia yang menetap di wilayah selatan pulau Sulawesi.

Dalam kalangan masyarakat suku kaum Buton, ada beberapa puak dalam kalangan mereka yang memiliki keunikan tersendiri berbanding suku mereka yang lain.

Walaupun kulit tubuh berwarna perang, namun mereka mempunyai mata berwarna biru cerah yang cantik dan sangat sukar ditemui oleh penduduk lain di pulau itu.

Penemuan unik ini dirakam jurugambar, @geo.rock888 dan memuat naik ke laman Instagramnya.

View this post on Instagram

. ~ Kekurangan yang menjadi Kelebihan ~ Hitam Biru – Biru Biru – Biru Hitam Syawal – Fardan – Ditra dibalut tenunan khas Buton Mereka pengidap Waardenburg Syndrome, yaitu kelainan genetik langka yang menyebabkan mata mereka menjadi biru. Tak ada keluhan terhadap penglihatan mereka, hanya saja jika kelebihan cahaya akan mengeluarkan air mata. Dibalik kekurangan itu, mereka punya mata biru yg indah. Location : Kendari, Sulawesi Tenggara Gear : Sony A9 , Lens 135mm F1.8 Exif : 1/400s , F1.8, ISO 400 #instagram #sonyalpha_id #natgeoindonesia #natgeo #natgeotravel #hipaae #wonderfulindonesia #natgeoyourshot #yourshotphotographer #fotokitaid #kendariinfo #instanusantara #indonesia #indonesia_photography #gettyimages #picoftheday #photooftheday #photography #blueeyes #blue #buton #awesome_photographers #ig_captures #marimotret_id #kamuharustau

A post shared by Korchnoi Pasaribu (@geo.rock888) on

Kenapa mereka bermata biru?

Berdasarkan kapsyen yang diterangkan pada gambar, suku Buton yang mempunyai mata berwarna biru ini menghidapi sindrom Waardenburg.

Merujuk kepada artikel Medical News Today, Waardenburg merupakan sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku, menyebabkan penghidapnya hilang pendengaran, perubahan warna mata, kulit dan rambut, serta perubahan bentuk muka.

Ia dinamakan sindrom Waardenburg selepas ophthalmologist dari Belanda, D.J. Waardenburg menjadi individu pertama yang menemui penyakit tersebut pada 1951 lalu.

Penyelidik telah mengenal pasti empat jenis sindrom ini, iaitu Jenis 1, Jenis 2, Jenis 3 dan Jenis 4.

Simptom sindrom  Waardenburg

Simptom-simptom Waardenburg adalah bergantung pada jenisnya. Bagaimanapun, kebanyakan mereka mengalami:-

  • Perubahan dalam penglihatan
  • Mempunyai ruang luas antara mata
  • Perubahan warna iris, salah satunya berbeza atau mempunyai titik spot
  • Rambut mudah beruban sebelum berusia 30 tahun
  • Tompok kulit berwarna terang
Kredit gambar: Google

Kebanyakan penghidap sindrom ini mempunyai deria pendengaran yang normal, kehilangan keupayaan deria pendengaran dalam kesemua jenis sindrom ini boleh berlaku.

Selain itu, terdapat beberapa simptom luaran turut berlaku pada tubuh badan penghidap sindrom ini, antaranya:-

  • Sukar menghasilkan air mata
  • Usus besar yang bersaiz kecil
  • Bentuk uterus yang ganjil
  • Mempunyai sebahagian kulit albino
  • Hidung yang luas dan banyak lagi
Kredit gambar: Google

Penyakit bawaan sindrom Waardenburg

Sindrom ini tidak berjangkit, tidak boleh dirawat dengan perubatan serta tidak boleh dipengaruhi oleh gaya hidup mahupun faktor pembangunan sekeliling.

Mutasinya adalah sekurang-kurangnya enam generasi akan berhubungan dengan sindrom ini. Gen-gen ini akan melindungi badan daripada beberapa sel lain, terutamanya melanocytes.

Melanocytes inilah sel yang membantu memberi pigment untuk kulit, rambut dan mata.

Kredit gambar: Google

Bagaimana ganjilnya sindrom Waardenburg ini

Sindrom Waardenburg adalah penyakit yang jarang-jarang berlaku dan ganjil.

Dikatakan nisbahnya hanyalah satu / seorang daripada 40,000 manusia yang mengalaminya.

Sekitar dua hingga lima peratus daripada semua kes pekak yang disebabkan kelainan gen adalah akibat sindrom ini.

Walaupun jarang berlaku, sindrom Waardenburg mungkin biasa dalam keluarga kerana faktor genetik.

Info selanjutnya mengenai sindrom Waardenburg boleh dirujuk di sini.

Sumber: Discover ASEAN, Instagram, Medical News Today

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'