Siakap Keli
Gambar: Meow Meow Family

16 Kucing Berbaka Jadi ‘Yatim Piatu’ Selepas Didakwa Dibuang Tuannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membela kucing berbaka khususnya dari luar negara memerlukan penjagaan rapi selain turut memakan kos yang agak tinggi.

Oleh sebab itu, kita sebagai bakal pembela haruslah bersedia daripada segi mental, fasiliti, kewangan, masa dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk membela anak-anak ‘bulus’ import ini.

Namun, baru-baru ini laman Facebook Meow Meow Family berkongsi satu khabar duka tentang sejumlah belasan kucing berbaka yang dibuang individu didakwa VIP’.

Beberapa keping foto yang memaparkan keadaan kucing-kucing tersebut ketika dijumpai amat menyayat hati.

Ikuti pendedahan mereka ini.

Gambar: Meow Meow Family

Kes baru, seorang VIP dipercayai telah membuang 16 ekor kucing berbaka hari ini. 

Saya sendiri telah menjejaki kucing-kucing yang dibuang tersebut di suatu tempat.

Nasib baik ada hamba Allah yang sudi membenarkan kucing-kucing ini diletakkan sementara di rumahnya sementara menunggu barang siapa yang mahu.

Gambar: Meow Meow Family

Note: Kucing British Shorthairs (BSH) spotted, Scottish Fold, Maincoon Mix Parsi. Tapi kucing bukan dalam keadaan sihat. Ada yang berfungus dan selsema.

Update terkini: Alhamdulillah ada yang ingin membantu abang tersebut memberikan tempat yang lebih baik dan selamat kepada anak-anak bulus ini.

Peringatan: Walaupun anda VIP dan berduit akan sampai masanya anda diuji dalam keadaan masa dan wang ringgit.

Gambar: Meow Meow Family

Jadi fikir sedalam-dalamnya sebelum anda MENTERNAK. Jika anda bukan VIP lagilah anda perlu fikir hahaha.

Ingat, membuang kucing atau mengabaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik haiwan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, Bahagian 5 Perkara 29(1)(d) atau juga di bawah Perkara 29(1)(q) yang mana sabit kesalahan akan didenda tidak kurang RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

#dah_akta_sekarang_ye
#jangan_ambil_mudah
#mandulkan
#kawal_sebelum_terlambat
#adoptdontshop

Gambar: Meow Meow Family

Sumber: Meow Meow Family

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.