Siakap Keli
Gambar: Bernama

Larangan Rentas Daerah Di Seluruh Sabah Akan Dilaksanakan Bermula Tengah Malam 3 Oktober Ini -Ismail Sabri

Orang ramai di Sabah dilarang untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula tengah malam 3 Oktober ini.

Menurut Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri larangan tersebut terpakai di seluruh negeri Sabah, lapor Bernama TV.

Larangan itu terpakai bermula pada 12.01 malam 3 Oktober ini sehingga 16 Oktober akan datang.

“Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12.01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

“Namun begitu, perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.”

Menurut MKN, individu yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) yang sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa,” tulis MKN dalam satu kenyataan situasi semasa COVID-19 hari ini.

Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Jawatankuasa Bencana Alam COVID Sabah, tulisnya.

Sumber: Bernama TV, KKM

Amira

Love yourself.