Siakap Keli
Gambar: Google

Tahu Tak, Sebenarnya Sambil Diet Pun Boleh Makan ‘Fast Food’ Macam Biasa? Ini Rahsianya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi mereka yang sedang dalam ‘perjalanan’ diet, pasti ada banyak kaedah yang diamalkan untuk mendapat bentuk tubuh badan idaman.

Tidak hanya menjaga makan, namun diet juga penting bagi memastikan kesihatan kita terjaga dengan sempurna.

Mungkin ada pernah dengar istilah jenis diet seperti diet suku-suku separuh, diet eat clean, diet intermittent fasting, diet atkins dan sebagainya.

Namun, pernahkah anda terfikir, bolehkah macam makanan kesukaan macam ‘biasa’ walaupun tengah berdiet?

Sebenarnya, boleh. Ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh Puan Amla Mat Rawi atau dikenali dengan gelaran Cikgu Multipurpose di group Facebook Diet Suku-Suku Separuh ini.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Saya bukan pakar. Yang saya faham sedikit tentang DSSS ialah kita boleh pilih nak buat yang mana:

  1. DSSS dan eat clean
  2. DSSS dan tidak atau kurang eat clean
  3. Campur-campur. DSSS + eat clean dan tidak/kurang eat clean

Saya buat nombor tiga. Of course yang terbaik ialah nombor satu. Insya-Allah ke arah itu.

Sebab saya sendiri suka makan masak lemak, kari, bergoreng, fast food, frozen food.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Semalam saya lunch makan di kedai. Yang menarik ialah ayam goreng kunyit, sayur kailan goreng. Ambil nasi suku. Letak kuah lemak sedikit. Ulam petai. Sambal belacan. Alhamdulillah kenyang.

Ikut nafsu memang sedap kalau bertambah nasi.Tapi mindset dah kata nak DSSS. Nak kurus sihat. Nak control makan. Nak control portion. Jadi semua under control.

Petang saya jamah sikit burger. Beli untuk anak-anak tapi tak beli untuk saya.

Malam saya jamah sikit fruit tart sebab ada orang bagi sempena birthday saya.

Ini sekadar contoh semalam. Bukan hari-hari begini.

Di hari lain jika ada. Saya makan sedikit aiskrim, jemput bawang, keropok lekor goreng, laksam, karipap pusing, air batu jagung. Ini minggu lepas masa weekend balik kampung.

Aduh sedap sungguh nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak. Bab ni memang kena elak sebab tak dapat control nasi sikit.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: BERNAMA/Google

Nak bagitahu yang saya tak ketatkan diri dengan eat clean semata. Benarkan diri ambil makanan yang kita suka. Supaya kurang stres. Sambil berat tetap turun slowly. Ya memang turun.

Jadi untuk sahabat group DSSS yang baru bermula.

Anda boleh buat nombor dua dan nombor tiga. Enjoy your diet. Enjoy your meal. Gitew.

Walau bagaimanapun saya tetap akui nombor satu adalah terbaik.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

Ya coach kata tak boleh timbang berat hari-hari.

Maaflah bab ni saya tak disiplin. Tetap nak timbang hari-hari.

Sekali-sekala sebelum breakfast. Insya-Allah saya tak stress. Kalau tak timbang, saya stres hehe.

Penimbang dengan saya macam orang bercinta. Kalau tak jumpa, rindu.

Jangan serious sangat gais.

Love – Cikgu Multipurpose nak jadi Cikgu Diet. Eh.

Ogos 2020 – 78.9 kg
Oktober 2020 – 70.7 kg

Gambar: Amla Mat Rawi
Gambar: Amla Mat Rawi
Gambar: Amla Mat Rawi

Sumber: Amla Mat Rawi – Cikgu Multipurpose

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.