Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI COVID-19: Hari Kedua Catat Kes Tertinggi, 317 Kes Baru Hari Ini & Semua Penularan Tempatan

Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat 317 kes baru COVID-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes melibatkan penularan tempatan.

“Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara melibatkan 303 warganegara dan 14 bukan warganegara

Dari angka itu, 37 kes merupakan pengunjung dari Sabah, menjadikan jumlah kes melibatkan sejarah perjalanan dari Sabah sejak 20 September adalah 176 kes.

 

 

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.