Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Malaysia Airlines Setuju Jadualkan Semula Tiket Penerbangan Pelajar Terjejas Bagi Tempoh Satu Tahun Dari Tarikh Asal

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan bagi tempoh satu tahun dari tarikh asal susulan daripada penangguhan kemasukan pelajar ke IPT.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad memaklumkan, persetujuan tersebut adalah hasil rundingan pihaknya bersama syarikat-syarikat penerbangan sebelum ini dalam memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memohon maaf atas penundaan penerbangan berikutan sekatan perjalanan bagi usaha mengekang penularan COVID-19.

“(Bagaimanapun) kami akan membuka penjadualan semula tiket penerbangan untuk tempoh satu tahun bermula tarikh asal.

“Selepas permohonan diterima, kami akan menghubungi anda tempoh tujuh hari (hari bekerja) dengan emel panduan langkah-langkah bagaimana untuk menebus kembali tiket anda untuk penerbangan akan datang,” maklum kenyataan tersebut baru-baru ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk terus ke www.malaysiaairlines.com.

Sumber: Datuk Dr. Noraini Ahmad, Malaysia Airlines

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.